A tired weekend, GPMS and Shamsol Bahari
11/23/2009 09:22:00 PM | Author: fadzly

1) Saya terpanggil ke KL oleh sahabat saya untuk menyertai persidangan kebangsaan GPMS pada kali pertama hujung minggu lepas. Saya diletakkan sebagai perwakilan daripada Johor Bahru. Bayangkan, saya tak pernah ada dalam GPMS tiba-tiba saya terus jadi perwakilan JB.


2) Ianya diadakan di kampus induk UITM, Shah Alam. Segalanya disediakan, dari segi pengangkutan, penginapan dan juga makanan.

3) Kerana ingin bantu sahabat saya, saya sanggup datang dari JB ke Shah Alam semata-mata untuk membantu dalam menaikkan undi kerana pengerusi GPMS Johor, saudara Rusdi ingin bertanding Presiden GPMS ekoran daripada senario DS Rezal Marican Naina Marican yang merupakan presiden GPMS 2006/09 menyatakan bahawa beliau tidak mahu mempertahankan jawatannya.

4) Saya bertolak dari JB pada hari khamis malam dan sampai ke UM menaiki bas. Saya bermalam di bilik sahabat saya, Mohd Najmi sebelum bertolak pada hari esok untuk ke UITM Shah Alam. Semasa di UM juga saya terpanggil untuk melawat kawan saya Samsol Bahari yang pada ketika itu koma akibat diabetes, namun kehadiran saya pada pukul 2 pagi tidak disedari staf jururawat lantas pintu ke ICU tidak dapat dibuka.

5) Mengikut pengamatan sahabat saya Najmi, 2 jam selepas itu, kawan saya yang koma selama 8 hari mula menyedarkan diri. Alhamdulillah, saya sempat berjumpa beliau pada hari Ahad sebelum saya pulang ke JB. Saya akan ceritakan pengalaman beliau semasa koma dibawah. Sebelum itu, berbalik kepada GPMS.

6) Mengapa saya kata tired? Sebab penat duduk di kerusi dengar orang bagi ceramah dan perbahasan. Majoritinya bosan walaupun ada yang best terutama babak2 ucapan daripada mantan Presiden GPMS Datuk Suhaimi Ibrahim.

7) Terlalu lama sehingga sakit belakang saya sampai saya nak tido pun tidak boleh. Teringat saya pada junior yang saya pernah oriented pada tahun 2 sampai budak itu sakit belakang sampai tak boleh bangun terus masuk wad PPUM. Barulah saya tahu bertapa teruknya bertahan 12 jam duduk.

Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS)

1) GPMS nama bak besar di mata rakyat, namun sayangnya ianya tidak seperti mana yang kita lihat di kaca TV.

2) Saya amat memandang tinggi pada persatuan ini sebelum ini namun segalanya berubah apabila datang ke persidangan ini.

3) Apa yang saya boleh simpulkan adalah kuasa lebih penting daripada persatuan. Majoriti saya lihat semuanya berpuak-puak, kenegerian, dan tamak kuasa merasakan diri lebih layak memegang jawatan di dalam GPMS.

Sebahagian daripada perwakilan negeri Selangor. Tua2 nampak.. tak macam perwakilan Johor yang rupa kebanyakan macam budak sekolah dan politeknik

Inilah pengerusi GPMS Johor, saudara Rusdi. Asalnya nak bertanding Presiden GPMS sebab merasakan beliau adalah paling senior, namun disebabkan mungkin 'perwakilan Johor' tidak seramai per'wakilan' daripada Pulau Pinang, lalu diserahkan Presiden kepada PP. Penat sahaja saya datang jauh2 ditambah sakit belakang.


4) Senarionya tidak berbeza sangat dengan suasana pemilihan seperti parti politik. Hari pertama perasmian oleh Dr Puad Zarkarshi, Timbalan Menteri Pelajaran, hari kedua ucapan dasar presiden dan juga perbahasan ucapan dasar presiden daripada wakil negeri disamping penamaan calon dan hari terakhir adalah hari pengundian dan juga penentuan siapa yang meneraju GPMS ataupun dengan kata lain siapakah yang akan dapat cable besar direct pergi kepada bapak2 menteri.

5) Ya, benar. Terus terang saya katakan GPMS saya lihat lebih kepada platform untuk menunjukkan atau menonjolkan diri kepada bapak2 menteri agar dapat nama, dapat jawatan, dan mungkin dapat tender kot daripada dilihat dalam membantu pelajar-pelajar melayu dalam pelajaran.

6) Saya kurang faham apa sebenarnya telah terjadi kepada GPMS sejak kebelakangan 3 tahun ini semenjak krisis GPMS yang terbahagi kepada 2 pada tahun 2006. Namun 3 hari saya bersama GPMS telah cukup untuk memberitahu saya tentang begitu nazaknya GPMS ketika ini lagi teruk daripada krisis MCA yang dihadapi sekarang.

7) GPMS merupakan sebuah NGO yang non partisan, namun persepsi yang ada menunjukkan ianya tidak begitu. Kononnya pada persidangan ini, ada kata-kata ingin menjadikan GPMS non partisan seolah-olah hanya menaruh air di daun keladi dan tidak berpijak di bumi yang nyata. Lihat sahaja mantan presiden merupakan Ketua Penerangan Pemuda UMNO

8) Saya merasakan persidangan GPMS kali ini lebih kepada kenduri kawen. Perjalanan majlis banyak kali terlewat. Waktu mengundi pun terpaksa dilewatkan selama 2 jam setelah mesen photostat rosak dan tidak boleh mengprint kertas undi.. Lawak2.. Ada pula AJK persidangan mengadu, Presiden DS Reezal Marican mara kat depa sebab majlis tak lancar, dan mulalah adegan tuduh menuduh, tak berterima kasih, ungkit wang berbanding usaha, memang layak Reezal kalah Pemuda UMNO lah dan bermacam2 lagi. Namun saya tak nafikan, pasti akan ada masalah dalam apa sahaja pun majlis yang dianjurkan secara besar-besaran.

9) Tak cukup dengan itu perwakilan yang saya rasakan tahap budak-budak sekolah, memakai jeans dan juga selipar mencacatkan perjalanan majlis. Mungkin sebab main tangkap muat 3 kuota sahaja nak masukkan dalam perwakilan cawangan masing, perwakilan pun tak sempat saring, pilih saja mat rempit dan mat punk utk naik ke atas pentas masukkan undi mereka..

10) Di sini secara ringkas apa yang saya boleh simpulkan tentang GPMS

a) Kuasa - apa saja yang boleh dilakukan utk mendapatkan jawatan adalah halal.
b) Puak-puak - wujudnya sikap bermuka-muka dan tikam menikam dibelakang kawan
c) Sekadar NGO yang hanya syok sendiri, tak ada pun jentera untuk menguatkan GPMS negeri.
d) Time persidangan berlangsung, time itula wujudnya cawangan-cawangan dan ahli-ahli baru dengan harapan untuk meningkatkan lagi undi masing-masing agar jawatan tak terlepas.
e) Sistem ahli yang tidak telus dan bersistematik memudahkan lagi penyelewengan.
f) Senioriti penting gila sampai ada budak umur 23 tahun masuk bertanding jawatan sehingga neliau sendiri pun terasa tercabar utk sama2 bertanding
g) GPMS memang NGO UMNO sebab nak tanding jawatan tertinggi pun kene mintak kebenaran Timbalan PM dulu oi...
h) Dah tak da harapan lagi lah di dalam GPMS sebab ianya majoriti diketuai oleh orang yang hanya pentingkan orang2 dia dalam 'kabinet dia'. Orang lain dipijak dan tak dijaga lalu rugilah GPMS kehilangan orang yang benar2 memperjuangkan pelajar melayu.

11) Dahla.. saya tak mahu sebut lagi pasal GPMS.. cukup la 3 hari tu.. lu pikirlah sendiri. Harapan, objektif GPMS untuk membantu membela dan memperkasa pelajar-pelajar melayu benar-benar dilakukan.


Pengalaman Koma Samsol Bahari

1) Saya bernasib baik sebab saya masih sempat jengok Samsol pada hari Ahad selepas tidak berjaya melawat beliau pada hari Jumaat lepas. Nasib baik tidak ada aktiviti yang saya pada asalnya menjangkakan hari tersebut akan pack dengan aktiviti riadah bersama seorang kawan.

2) Dengar Samsol sedar sahaja saya terus lawat beliau. Beliau menyatakan sayalah kawan pertama yang menjenguk beliau sewaktu beliau sedar 100%. Najmi ada menjenguk sewaktu mula2 regain conscious namun Samsol tak teringat.

3) Staf nurse ICU tanya saya lalu saya dengan gaya medical student(MS) memakai labcoat memperkenalkan diri sebagai MS. HAHA..

4) Tiba di hujung pintu, Samsol terus angkat tangan isyarat salam, lantas saya bertanyakan condition dan progress beliau. Alhamdulillah, beliau telah 100% sedar dan mampu berbual dengan saya tanpa ada masalah ingatan kira GCS 15 la... Beliau akan dipindahkan ke wad endocrine pada keesokan harinya.

5) Untuk pengetahuan Samsol bahari terlantar di ICU koma selama 8 hari setelah beliau terkena Diabetic ketoasidosis dikomplikasikan lagi dengan sepsis atau jangkitan kuman dalam darah.

6) Beliau merupakan batch 2001/2006 dan tahun ini merupakan peluang terakhir beliau untuk menduduki peperiksaan. Berkat usaha beliau akhirnya beliau lulus MBBS bersama2 saya dan rakan2. Namun tidak sampai 4 hari selepas lulus, beliau mengalami sesak nafas dan keliru. Lalu beliau tidak sedarkan diri dan diintubasi. Pemakanan beliau juga dilakukan secara parentral iaitu salur darah. Agak gembira beliau sedar lebih awal dari jangkaan para doktor iaitu 1 bulan.

7) Dengan tidak sabarnya hati di dada ini lantas saya bertanyakan apa pengalaman mimpi yang beliau lalui sewaktu koma? Pengalaman koma tidak semua dapat rasa ini saya rasakan sesuatu pengalaman yang tidak ternilai dan saya harap tak ada lagi kawan2 saya yang mengalami situasi sebegini.

8) Sewaktu di dalam koma, beliau bermimpi mengalami perkara yang sama. Bayangkan beliau dalam keadaan itu tahu beliau didiagnose DKA. Beliau telah mimpi terlantar di ICU, diberi oksigen, tangan dan kaki beliau tidak boleh bergerak. Namun beliau tidak mendengar kata2 yang cuba disampaikan oleh ibunya. Pada detik beliau mula sedar, beliau dapat mengingat sedikit sahaja peristiwa yang berlaku kerana beliau mengatakan beliau masih lagi confuse.

9) Mengikut kata-kata beliau, beliau telah mengalami confusion dan sedikit pening sewaktu viva border lagi. Ditambah beliau, pada waktu itu mungkin ada examiner sudah perasan simptom penyakit itu. Apa pun, beliau bernasib baik pada ketika itu, beliau bersama keluarga yang baru sahaja sampai daripada sabah.

10) Saya menasihatkan beliau agar terus berehat dan tidak perlu sangat memikirkan induksi yang bakal tiba tidak lama lagi. Sama-samalah kita mendoakan kesihatan Samsol.

Sekian itu sahaja.. Terima kasih kerana membaca.
This entry was posted on 11/23/2009 09:22:00 PM and is filed under , , . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

1 comments:

On June 30, 2018 at 2:15 PM , Unknown said...

Mau Banyak Bonus?, Yuk Gabung Disini >> adu ayam online