PPSMI mansuh
7/09/2009 12:48:00 AM | Author: fadzly
I feel sad that my future generation will become like me one day when they enter the university. I've difficulty and culture shock when i first started my medicine course. Without learning basic science in english, I've difficulty in many aspect. Thus i don't see why some people outside there are not thinking about their children later. Enough arguing about Science in English when we already knew the benefits for the students in the future! By learning science in BM just showed that you are just becoming a jaguh kampung. Think about it. The one who suffers not the one who arguing PPSMI, those who suffers are their children. I don't want my juniors at the back just because they are trying to translate it to BM and those who mastered the English have gone 100 steps beyond us.

The stupidest reasons of not having PPSMI that i ever heard and they even said that we 'dewa' the English.


Here are the sound bite from Tun Mahathir about PPSMI

PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SAINS DAN MATEMATIK DALAM BAHASA INGGERIS (PPSMI)


1. Saya berasa amat sedih apabila membaca laporan berkenaan demonstrasi yang dipimpin oleh tokoh sastera Melayu menentang pengajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris.

2. Kononnya ini akan menidakkan kebolehan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dalam ilmu ini. Konon ia akan mengurangkan perkembangan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.

3. Kita harus ingat bahawa pelajaran bukan semata-mata untuk memaju atau mengembangkan bahasa. Pelajaran adalah untuk penguasaan ilmu, pelbagai jenis ilmu.

4. Yang boleh meningkatkan taraf dan kemajuan bahasa ialah matapelajaran bahasa itu sendiri dan diperingkat yang lebih tinggi mata pelajaran sastera.

5. Sains dan matematik tidak mungkin menolong kemajuan bahasa, khususnya bahasa Melayu.

6. Ini disebabkan bahasa sains dan matematik bukan daripada bahasa Melayu. Sebahagian besar daripada perkataan-perkataan dalam mata pelajaran ini adalah dalam bahasa Latin yang di-Inggeriskan.

7. Memang benar kita boleh Melayu-kan perkataan-perkataan ini, seperti juga kita Melayu-kan perkataan daripada lain-lain bahasa.

8. Memang boleh tetapi perkataan-perkataan sains bukan satu dua tapi beratus-ratus. Dan perkataan ini menjadi asas kepada perkataan yang mempunyai makna yang amat berlainan.

9. Umpamanya perkataan Oxygen (Oksigen) - satu jenis gas. Derivative (cabang) daripada perkataan ini adalah seperti berikut;

• Oxygenation

• Oxidation

• Oxide

• Oxidants

• Deoxydation

• Oxidise

• Oxidification

• Dioxide

• Monoxide

• Peroxide

10. Ini hanya bagi satu elemen daripada sebanyak 120 (118) elemen.

11. Tiap satu mempunyai banyak derivative. Tetapi ada perkataan-perkataan lain yang hanya untuk ilmu sains. Jika semuanya nak di-Melayukan, bahasa Melayu akan bertukar menjadi bahasa Inggeris, ejaan lain bunyi semacam. Sebenarnya ia bukan bahasa Melayu lagi.

12. Ilmu sains dan matematik bukan ilmu yang statik. Ilmu-ilmu ini berkembang sepanjang masa. Tiap hari ada hasil kaji selidik, penerokaan, ciptaan dan perluasan yang diperkenal melalui ratusan kertas-kertas yang ditulis.

13. Hampir semua ditulis dalam bahasa Inggeris. Untuk menterjemah tulisan ini kita perlu orang yang fasih dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris dan faham ilmu yang hendak diterjemah.

14. Kita ada beberapa kerat sahaja orang yang berkebolehan seperti ini. Itupun dalam dua tiga bidang sahaja. Orang yang layak seperti ini tidak berminat menjadi penterjemah seumur hidup. Apabila sains dan matematik diajar dalam bahasa Melayu, orang seperti ini tidak akan ada lagi. Bagaimanakah kita hendak ikuti perkembangan ilmu sains?

15. Sebaliknya kertas ilmiah akan terus dikeluarkan beratus-ratus lagi, semuanya dalam bahasa Inggeris atau bahasa-bahasa lain. Maka tanpa kebolehan menterjemah semua ilmu baru ini akan tertinggallah orang Melayu dalam bidang ilmu yang amat penting di zaman ini.

16. Kalau kita masih tidak dapat menerima kenyataan di atas, kaji sahaja jumlah Phd dalam bidang sains yang hanya belajar sains dalam bahasa Melayu dan tidak faham bahasa Inggeris. Berapa ramaikah daripada pakar dalam bidang perubatan yang hanya belajar dalam bahasa Melayu, tanpa buku dalam bahasa Inggeris sebagai buku teks.

17. Apakah penuntut luar bandar tidak dapat menguasai bahasa Inggeris?

18. Sekali lagi perhitungan perlu dibuat berkenaan jumlah mereka yang dari kampung yang memegang jawatan tinggi dalam Kerajaan dan swasta kerana lulus dalam bahasa Inggeris dan mampu berhujah dalam bahasa berkenaan. Yang menentang PPSMI pun dari kampung juga tetapi dapat kelulusan bahasa Inggeris. Bahkan mereka sering berbahasa Inggeris.

19. Duta dan diplomat kita, berapa ramaikah yang hanya boleh bertutur kata dalam bahasa Melayu yang memegang jawatan penting dalam Kementerian Luar?

20. Pakar sains dan perubatan dan juga pegawai tinggi Kerajaan sering dikehendaki mengambil bahagian dalam persidangan antarabangsa. Apakah mereka dapat berhujah dan mengambil bahagian secara berkesan dengan mengguna hanya bahasa Melayu?

21. Saya bukan hendak memandang rendah bahasa bangsa saya sendiri. Tetapi saya perlu terima hakikat yang sebenar.

22. Bahasa sesuatu bangsa akan dipelajari oleh orang asing jika bangsa itu amat maju dan terkenal dengan ilmu yang dimiliki dan diterokai olehnya. Demikian sebelum abad ke-15 Masihi orang Eropah terpaksa belajar bahasa Arab kerana tamadun Islam pada masa itu gah dan amat dihormati. Tetapi selepas orang Islam ketepikan sains, ilmu perubatan dan hisab, orang Eropah tidak lagi mempelajari bahasa Arab. Sebaliknya orang Arab dan Islam terpaksa belajar bahasa Eropah.

23. Jika kita ingin bahasa Melayu digunakan dengan meluas kita perlu majukan diri kita dalam semua bidang terutama bidang ilmu dahulu. Sebelum daripada itu minat untuk belajar bahasa Melayu akan terhad kepada sekumpulan kecil sahaja.

24. Kita belajar sains dan matematik untuk memajukan bangsa kita supaya satu hari mungkin kita akan terkenal berkenaan dengan penerokaan dan kajiselidik oleh kita dan orang lain akan belajar bahasa kita untuk mendapat ilmu yang diteroka oleh kita.

25. Penguasaan ilmu amat penting bagi masa depan seseorang. Janganlah kita perjudikan masa depan anak orang kerana kononnya kita seorang nasionalis yang begitu sayang kepada bahasa kita. Sayang bahasa tidak boleh melebihi sayang bangsa. Mereka yang sayang bangsa mereka ingin lihat bangsa mereka maju, berilmu dan dihormati dunia. Hanya kerana boleh bertuturkata dalam bahasa sendiri tidak akan menjadikan bangsa kita dihormati dan disegani orang.

26. Akan rosaklah bangsa dan negara jika dasar negara ditentukan oleh orang yang berdemonstrasi. Lebih rosak lagi jika yang berdemonstrasi didalangi oleh politik pembangkang.
This entry was posted on 7/09/2009 12:48:00 AM and is filed under , , . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

7 comments:

On July 9, 2009 at 12:00 PM , AfdsmkaD said...

tue la pasl...pelik jew...zaman da mkin maju...nk p kurangkan kemajuan kat negara ni plak..ishk...nnti diowang tuh masuk u abesh le...kalo cam kat um, uitm n uia suMe fuLL english..kang terangkak2..mcm i lu tyme kat matrix..agak terkezut kn blajar lam omputeh..ngan sume2 bUku lam omputeh..ishk~
fikir balik le pemansuhan tuh..cian kat adIk i..uwaaaaa

 
On July 10, 2009 at 3:05 AM , fadzly said...

betol. Tapi adik aku susah blaja dalam english.. Skg ni spm dapat 1a je.. Tapi.. sampai bile melayu nak brubah kalau diri sendiri pun tak mampu berubah.. Ada org politik cakap, kita kaum2 ni tak perlu berjuang sebab yang penting isle. tapi, Allah swt telah berfirman dalam alquran..
"Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum (bangsa) melainkan kaum itu sendiri mengubah nasibnya" Surah Ar-Ra’d ayat 11
Salah ke kita nak ubah kaum kita menjadi lebih baik?

 
On July 10, 2009 at 1:18 PM , AfdsmkaD said...

:)

 
On July 10, 2009 at 1:18 PM , Anti PPSMI said...

aku memang tak setuju study dalam melayu. Org yang menentang tu sumenyer tak study sains dan matematik. Sume tu org sastera saja. Die tau diorang tu bodoh hanya tau sastera saja, sebab dulu2 fail sains. Skg ni yang merana adalah anak2 sebab gerenti anak2 melayu dipandang rendah sebab nanti nak cakap BI depan org pun tak brani.

 
On July 10, 2009 at 1:30 PM , SUARA HATI, Kuala Kangsar, Perak said...

'Saya seorang di antara berjuta pelajar...''

PADA petang 8 Julai 2009, keputusan yang dinantikan oleh semua rakyat Malaysia telah diumumkan. Isu PPSMI telah sampai ke penghujungnya, dengan keputusan yang diambil iaitu tidak meneruskan pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris. Keputusan ini mungkin melegakan hati banyak pihak. Namun, tidak bagi saya.

Mungkin saya ini bersikap antiklimaks. Namun, saya merasakan sesuatu yang tidak kena dengan keputusan yang diambil kerajaan. Saya tidak menyalahkan kerajaan 100 peratus. Ini adalah kehendak rakyat. Kehendak rakyat mesti dituruti.

Saya, sebagai seorang salah seorang di antara berjuta pelajar yang terlibat dalam agenda yang dicetuskan oleh mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad ini merasakan bahawa PPSMI mesti diteruskan.

Mungkin artikel ini sedikit pun tidak boleh menyebabkan keputusan berubah, namun hati saya seakan-akan menjerit menginginkan PPSMI diteruskan.

Kebaikan PPSMI tidak dapat dilihat dalam tempoh satu tahun. Ia merupakan kesan yang hanya akan dapat dilihat dalam jangka masa yang panjang yang akhirnya dapat dirasai oleh kita sendiri.

PPSMI bukanlah bertujuan mendera pelajar, jauh sekali merubah pelajar Malaysia menjadi pelajar Barat. Ia bertujuan untuk meningkatkan martabat bangsa dan negara kita.

Saya berpendapat bahawa orang lain tidak dapat melihat apa yang difikirkan di dalam minda Tun Dr. Mahathir ketika beliau merasakan bahawa PPSMI patut dilaksanakan suatu masa dahulu.

Namun, beliau percaya bahawa PPSMI mampu mengangkasakan bangsanya ke suatu tahap yang mungkin tidak terduga kita. Beliau berpandangan jauh.

Tiada guna saya menulis artikel yang panjang, kerana akhirnya ada pihak yang akan terus bermati-matian untuk memaksa kerajaan membuat keputusan yang salah.

Suara mereka didengar rakyat. Siapalah saya untuk rakyat mendengar suara hati kecil saya. Saya hanya antara berjuta pelajar yang sepatutnya menerima kebaikan, namun semua itu dicantas oleh pihak lain.

 
On July 10, 2009 at 7:04 PM , Anonymous said...

Salam,
sebagai seorang guru Bahasa Inggeris dan telah mengajar subjek ni semenjak 17 tahun yang lalu, saya berpendapat masalah sebenar bukan pada bahasa yang digunakan untuk mengajar, tetapi kerana perbezaan dalam pegangan politik. Walaupun saya bukan peminat UMNO /BN saya rasa pemansuhan secara mendadak adalah tidak wajar kerana ia akan mengganggu proses pembelajaran pelajar2. Bayangkanlah, pelajar yang telah mempelajari Mate dan Sains dlm BI semenjak dari Tahun Satu, tiba2 terpaksa belajar subjek yang sama dalam BM. Jika ini berlaku, we are going back to square one. Maksud saya pelajar2 golongan ini perlu di 'drill' lagi dalam BM seperti yang diarahkan kepada kami dengan berkuatkuasanya PPSMI. Bagaimana pula dengan buku2 teks, buku2 kerja dan rujukan yang berlambak2 dalam BI tu? Tak ke satu pembaziran jika tidak digunakan. Saya memberi pendapat ini kerana kasihankan pelajar2 (termasuk anak2 saya sendiri) yang bakal menjadi mangsa satu lagi perubahan dasar kerana perbezaan fahaman/ideologi politik. Lagipun sepanjang saya mengajar sama ada di bandar dan pedalaman sekarang, pelajar2 luar bandar/pedalaman boleh menguasai Mate dan Sains dalan BI. Malah, ada yang mengatakan lebih mudah faham dalam BI dari BM. Pada pendapat saya Bahasa Malaysia perlu lebih diperkasakan sebelum apa2 dasar drastik digubal, kerana istilah BM itu sendiri sering diubah sehingga mengelirukan yang mana satu diguna pakai; Bahasa Malaysia atau Bahasa Melayu?
Sekian, pandangan ikhlas seorang guru.

 
On July 10, 2009 at 8:23 PM , fadzly said...

susah ler kalau cikgu pun tak sayang masa depan anak murid die.. die lebih rela anak murid die tak pandai BI, terhengeh2 nak blaja dalam BI, nak cakap BI pun tak pandai..