Showing posts with label ppsmi. Show all posts
Showing posts with label ppsmi. Show all posts
SCIENCE AND MATHEMATICS IN MALAY
8/14/2009 06:32:00 PM | Author: fadzly
1. The Government has decided that the teaching of science and mathematics would revert to Malay in the Government school, with Chinese in Chinese schools and Tamil in Tamil schools. How this is going to help integrate Malaysians I do not know.

2. Since then I had conducted a poll on my blog. The result is 84 per cent want to retain English as the language medium for these subjects.

3. Admittedly the poll was conducted in the English language and English language speakers might be biased in favour of English.

4. But some parents and teachers had also conducted a survey and the majority are again in favour of English. A petition to the Prime Minister by parents and teachers was copied to me and they were in favour of retaining English. At least one senior non-Malay politician had left a Barisan Nasional component party and joined the opposition because of the switch back to Malay, Tamil and Chinese. He claimed that he could not afford to send his grandchildren abroad as some who advocate Malay as the medium had been doing.

5. I meet a lot of people at the various forums I am invited to speak. During the usual post-meeting tea most of the participants who got to talk with me, mostly Malays regretted the Government's decision to use Malay for Science and Mathematics.

6. The reason that has been given is that Malays, particularly kampung Malays just could not do well when the two subjects were taught in English. If we follow this kind of argument we should also stop trying to get Malays to do business because they really cannot do well in that field. They are best at working as wage-earners, particularly in Government service. We should encourage them not to try to go into business.

7. If we do this then the current anger over the New Economic Policy on the part of the non-Malays would be reduced.

8. Similarly with learning English. Malays just cannot learn and speak English. We should stop teaching it so that the language would not drag down the Malays in their exams. We should see better results.

9. Malays do best at paddy planting and fishing with rods and net. They should be taught to do this, probably with new technology.

10. By switching back to Malay, we can expect them to vote for the Government party at the next election. Similarly we can expect at least some who believe their children's future has been blighted by this decision to think again about voting for the BN.

11. I cannot read Chinese but Utusan Malaysia kindly translated the editorial in the Sin Chew Jit Poh. The editorial basically said that giving "Ang Pow" would not win over the voters.


Sokong sangat2 kata Dr M. Kalau Melayu tak boleh nak buat sume bende ni, lebih baik jangan tolong melayu dalam apa2 pun. Melayu takkan berubah. Sampai akhir zaman pun macam ni. Selagi melayu berkuasa, macam ni la jawabnya. Kene dengan penangan bila kaum lain memerintah Malaysia, melayu hilang kuasa, baru la sibuk nak perjuang bangsa, ketika itu nasi pun da jadi bubur. Tgk saja singapore, pulau tergadai dek tertipu igtkan melayu masih berkuasa sebab presiden yusof ishak, bahasa melayu dijadikan bahasa kebangsaan, pastu tak nampak pula belang pemimpin nak bela nasib melayu bahasa pembelajaran pula kesemuanya BI, baru melayu kat situ nak blajar bersaing, terkial2 baru nak naik kejar kaum lain.

Kaum lain berada 1000 langkah dihadapan, kita masih lagi terkial2 dengan langkah pertama. Tapi masih lagi ada guru yang menentang PPSMI (yang aku assume semuanya cikgu agama dan BM yang memang tak da kene mengena dengan PPSMI). mungkin cikgu ni memang tak nak anak murid dia berjaya kot. Die lebih suka anak murid terkial2 masa akan datang. Almaklumlah, kerja beliau senang, tak perlu translate2, anak murid dan anak sendiri pun senang paham bile BM, duit pun senang dapat. Tak perlu terkial2 cakap BI. Makan gaji je la cikgu2 oi. Aku rasa cikgu2 yang ajar aku sejak sekolah dari darjah satu mesti sokong PPSMI kalau dia tgk aku skg ni..

Jgn kerana kononnya nak mempertahankan dan memperjuangkan 'perlembagaan' tetapi masa depan nanti anak2 kita yang sendiri belot pada perlembagaan kerana terlalu bodoh dan hilang kuasa.
read more about“SCIENCE AND MATHEMATICS IN MALAY”
Kenapa aku menyokong PPSMI?
7/13/2009 01:00:00 AM | Author: fadzly


Bersemangatnya org2 ini berdemo.. Aku tak paham org2 pas ni. Nik aziz cakap tak perlu berjuang kerana bangsa sebab dalam isle tak da perjuangan bangsa. Tapi bab bahasa melayu, diorang duk perjuangkan walaupun diorang tak tau apa objektif sebenar PPSMI.

Kenapa nak anak2 mereka menjadi seperti aku? Agak2 kenapa aku fail exam? Aku dibesarkan dengan sains dan math dalam BM. Dari sekolah sampai ke matrikulasi, even universiti tahun 1, fisiologi aku dalam BM. Aku jawab juga dalam BM. Tak pernah dibuat org, jawab anatomy dalam BM. Aku malu.

Naik tahun 2, BI sepenuhnya. Aku mula beradaptasi. Aku mula merasakan kepayahan yang teramat sgt. Akibat dari itu, aku fail exam. Masuk supplementary exam selama 2 bulan! Naik fasa 3a, kemahiran berkomunikasi diperlukan dalam klinikal exam. Agak2 aku lulus ke? Aku fail klinikal sampai terpaksa repeat klinikal nasib baik tak perlu repeat semuanya. Da 4 tahun dibesarkan dengan BI, adakah aku masih mahir dalam BI?

Skg ni aku tunjuk video aku sebelum persediaan MBBS final yang aku fail masa tu.. Tu baru aku kat study week. Korang tak tgk lagi aku bercakap BI kat depan external examiner yang bukan dari Malaysia. Agak2 koranglah, kalau aku xda masalah blaja sains dalam BI, adakah aku akan macam ni?

read more about“Kenapa aku menyokong PPSMI?”
PPSMI mansuh
7/09/2009 12:48:00 AM | Author: fadzly
I feel sad that my future generation will become like me one day when they enter the university. I've difficulty and culture shock when i first started my medicine course. Without learning basic science in english, I've difficulty in many aspect. Thus i don't see why some people outside there are not thinking about their children later. Enough arguing about Science in English when we already knew the benefits for the students in the future! By learning science in BM just showed that you are just becoming a jaguh kampung. Think about it. The one who suffers not the one who arguing PPSMI, those who suffers are their children. I don't want my juniors at the back just because they are trying to translate it to BM and those who mastered the English have gone 100 steps beyond us.

The stupidest reasons of not having PPSMI that i ever heard and they even said that we 'dewa' the English.


Here are the sound bite from Tun Mahathir about PPSMI

PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SAINS DAN MATEMATIK DALAM BAHASA INGGERIS (PPSMI)


1. Saya berasa amat sedih apabila membaca laporan berkenaan demonstrasi yang dipimpin oleh tokoh sastera Melayu menentang pengajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris.

2. Kononnya ini akan menidakkan kebolehan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dalam ilmu ini. Konon ia akan mengurangkan perkembangan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.

3. Kita harus ingat bahawa pelajaran bukan semata-mata untuk memaju atau mengembangkan bahasa. Pelajaran adalah untuk penguasaan ilmu, pelbagai jenis ilmu.

4. Yang boleh meningkatkan taraf dan kemajuan bahasa ialah matapelajaran bahasa itu sendiri dan diperingkat yang lebih tinggi mata pelajaran sastera.

5. Sains dan matematik tidak mungkin menolong kemajuan bahasa, khususnya bahasa Melayu.

6. Ini disebabkan bahasa sains dan matematik bukan daripada bahasa Melayu. Sebahagian besar daripada perkataan-perkataan dalam mata pelajaran ini adalah dalam bahasa Latin yang di-Inggeriskan.

7. Memang benar kita boleh Melayu-kan perkataan-perkataan ini, seperti juga kita Melayu-kan perkataan daripada lain-lain bahasa.

8. Memang boleh tetapi perkataan-perkataan sains bukan satu dua tapi beratus-ratus. Dan perkataan ini menjadi asas kepada perkataan yang mempunyai makna yang amat berlainan.

9. Umpamanya perkataan Oxygen (Oksigen) - satu jenis gas. Derivative (cabang) daripada perkataan ini adalah seperti berikut;

• Oxygenation

• Oxidation

• Oxide

• Oxidants

• Deoxydation

• Oxidise

• Oxidification

• Dioxide

• Monoxide

• Peroxide

10. Ini hanya bagi satu elemen daripada sebanyak 120 (118) elemen.

11. Tiap satu mempunyai banyak derivative. Tetapi ada perkataan-perkataan lain yang hanya untuk ilmu sains. Jika semuanya nak di-Melayukan, bahasa Melayu akan bertukar menjadi bahasa Inggeris, ejaan lain bunyi semacam. Sebenarnya ia bukan bahasa Melayu lagi.

12. Ilmu sains dan matematik bukan ilmu yang statik. Ilmu-ilmu ini berkembang sepanjang masa. Tiap hari ada hasil kaji selidik, penerokaan, ciptaan dan perluasan yang diperkenal melalui ratusan kertas-kertas yang ditulis.

13. Hampir semua ditulis dalam bahasa Inggeris. Untuk menterjemah tulisan ini kita perlu orang yang fasih dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris dan faham ilmu yang hendak diterjemah.

14. Kita ada beberapa kerat sahaja orang yang berkebolehan seperti ini. Itupun dalam dua tiga bidang sahaja. Orang yang layak seperti ini tidak berminat menjadi penterjemah seumur hidup. Apabila sains dan matematik diajar dalam bahasa Melayu, orang seperti ini tidak akan ada lagi. Bagaimanakah kita hendak ikuti perkembangan ilmu sains?

15. Sebaliknya kertas ilmiah akan terus dikeluarkan beratus-ratus lagi, semuanya dalam bahasa Inggeris atau bahasa-bahasa lain. Maka tanpa kebolehan menterjemah semua ilmu baru ini akan tertinggallah orang Melayu dalam bidang ilmu yang amat penting di zaman ini.

16. Kalau kita masih tidak dapat menerima kenyataan di atas, kaji sahaja jumlah Phd dalam bidang sains yang hanya belajar sains dalam bahasa Melayu dan tidak faham bahasa Inggeris. Berapa ramaikah daripada pakar dalam bidang perubatan yang hanya belajar dalam bahasa Melayu, tanpa buku dalam bahasa Inggeris sebagai buku teks.

17. Apakah penuntut luar bandar tidak dapat menguasai bahasa Inggeris?

18. Sekali lagi perhitungan perlu dibuat berkenaan jumlah mereka yang dari kampung yang memegang jawatan tinggi dalam Kerajaan dan swasta kerana lulus dalam bahasa Inggeris dan mampu berhujah dalam bahasa berkenaan. Yang menentang PPSMI pun dari kampung juga tetapi dapat kelulusan bahasa Inggeris. Bahkan mereka sering berbahasa Inggeris.

19. Duta dan diplomat kita, berapa ramaikah yang hanya boleh bertutur kata dalam bahasa Melayu yang memegang jawatan penting dalam Kementerian Luar?

20. Pakar sains dan perubatan dan juga pegawai tinggi Kerajaan sering dikehendaki mengambil bahagian dalam persidangan antarabangsa. Apakah mereka dapat berhujah dan mengambil bahagian secara berkesan dengan mengguna hanya bahasa Melayu?

21. Saya bukan hendak memandang rendah bahasa bangsa saya sendiri. Tetapi saya perlu terima hakikat yang sebenar.

22. Bahasa sesuatu bangsa akan dipelajari oleh orang asing jika bangsa itu amat maju dan terkenal dengan ilmu yang dimiliki dan diterokai olehnya. Demikian sebelum abad ke-15 Masihi orang Eropah terpaksa belajar bahasa Arab kerana tamadun Islam pada masa itu gah dan amat dihormati. Tetapi selepas orang Islam ketepikan sains, ilmu perubatan dan hisab, orang Eropah tidak lagi mempelajari bahasa Arab. Sebaliknya orang Arab dan Islam terpaksa belajar bahasa Eropah.

23. Jika kita ingin bahasa Melayu digunakan dengan meluas kita perlu majukan diri kita dalam semua bidang terutama bidang ilmu dahulu. Sebelum daripada itu minat untuk belajar bahasa Melayu akan terhad kepada sekumpulan kecil sahaja.

24. Kita belajar sains dan matematik untuk memajukan bangsa kita supaya satu hari mungkin kita akan terkenal berkenaan dengan penerokaan dan kajiselidik oleh kita dan orang lain akan belajar bahasa kita untuk mendapat ilmu yang diteroka oleh kita.

25. Penguasaan ilmu amat penting bagi masa depan seseorang. Janganlah kita perjudikan masa depan anak orang kerana kononnya kita seorang nasionalis yang begitu sayang kepada bahasa kita. Sayang bahasa tidak boleh melebihi sayang bangsa. Mereka yang sayang bangsa mereka ingin lihat bangsa mereka maju, berilmu dan dihormati dunia. Hanya kerana boleh bertuturkata dalam bahasa sendiri tidak akan menjadikan bangsa kita dihormati dan disegani orang.

26. Akan rosaklah bangsa dan negara jika dasar negara ditentukan oleh orang yang berdemonstrasi. Lebih rosak lagi jika yang berdemonstrasi didalangi oleh politik pembangkang.
read more about“PPSMI mansuh”